Kata
Bilangan
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata
bilangan ada tujuh jenis, iaitu
Jenis Kata Bilangan
|
Contohnya
|
Kata Bilangan Tentu
|
satu, dua, tiga dan seterusnya...
|
Kata Bilangan Tak
Tentu
- Menunjukkan bilangan yang tidak tentu. |
beberapa, segala, seluruh, sekalian,
setengah-setengah dan sebagainya.
* Segala maklumat akan dikumpulkan. |
Kata Bilangan Pecahan
|
suku, setengah,
separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan sebagainya
* Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis itu. |
Kata Bilangan Pisahan
|
Masing-masing, setiap
dan tiap-tiap
* Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera |
Kata Bilangan Himpunan
- Menunjukkan bilangan yang tertentu. - Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan. - Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan |
kedua-dua,
ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan
sebagainya.
* Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti. * Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun. |
Kata Bilangan Tingkat
- Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah. |
pertama, kedua,
ketiga dan seterusnya
* Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis. |
Kata Bilangan Tanya
|
berapa
* Berapa baki duit kamu? |
Kata
Pemeri
1. Kata
Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa
utama dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :
-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.
-> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.
-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.

No comments:
Post a Comment