selamat datang

Saturday, June 20, 2015



NILAI MURNI



NILAI MURNI / PENGAJARAN
CONTOH ( TINDAKAN/ KATA KERJA /
Baik hati
-Membantu  dan menolong rakan, guru dan jiran
-Menderma , memberi  sumbangan, berkongsi makanan, memberi  pinjam wang atau barang

Murah hati
- Menderma , memberi  sumbangan

Belas kasihan
Berasa simpati kepada rakan, jiran atau orang yang susah atau sakit
Berdikari ( buat sendiri sesuatu kerja )
Mengemas katil, membasuh kasut,  membasuh pakaian sekolah
Hemah tinggi
Bersopan santun, memberi salam dan  bersalam ( berjabat tangan ), Meminta izin , Bercakap perlahan, bercakap sopan, hormat
Ramah mesra
Bergaul ramai kawan, berbual dengan rakan, jiran dan keluarga, menegur jiran, rakan, guru ketika berjumpa, berkenalan
Hormat-menghormati
Mencium tangan ibu bapa, patuh pada undang-undang, peraturan, taat kepada ibu bapa, mendengar nasihat,
Berani
Menyertai pertandingan, mengakui kesalahan , mencuba sesuatu
Bertindak pantas
Menyelamatkan orang lain dan diri sendiri, menyelesaikan masalah dengan segera.
Tanggungjawab
Menjalankan tugas , menjaga barang orang lain, menjaga adik, mengajar adik, mengajar murid, mengawasi kawasan sekolah, mencatat nama murid yang melakukan kesalahan,  menasihati
Amanah
Menyimpan barang orang lain, memulangkan barang orang lain, menyimpan rahsia.
Kebersihan
Menyusun rak buku, menyapu sampah, membuang sampah, Membersihkan diri ( mandi, gosok gigi, potong kuku ), Mencuci longkang, tandas dan kawasan sekitar
Kasih sayang
Memelihara dan mendidik anak,Menjaga alam sekitar, menjaga haiwan peliharaan, menjaga keselamatan orang lain dan diri
Adil
Memberi barang sama rata, beri hukuman sama rata, memanggil kedua-dua belah pihak untuk buat diadili sebelum dihukum
Kesederhanaan
Berjimat cermat, menutup paip air, suiz lampu dan kipas, merendah diri.
Berjimat cermat
Menabung, berkebun, membuat catatan sebelum membeli, membeli barang yang perlu, menyimpan wang
Jujur
Meminta maaf, Pulangkan duit  yang dijumpai, Mengakui kesalahan diri
Rajin
Menolong keluarga, menyiapkan kerja sekolah, Mengulang kaji pelajaran, berusaha untuk maju . selalu pergi ke sekolah, ke perpustakaan
Kerjasama
Menyertai aktiviti gotong-royong, membuat aktiviti bersama rakan ( memasang khemah, mencari kayu api ), membantu dalam  sesuatu majlis ( kenduri kahwin, hari penyampaian hadiah, hari kantin )
Prihatin
Peka terhadap orang lain, mengambil berat , mengambil tahu, peka terhadap keadaan sekeliling , mengucapkan tahniah, takziah, ucapan hari jadi
Bersyukur
Mengadakan majlis kesyukuran, membaca doa makan.
Ihklas
Memaafkan orang lain, menolak pemberian orang
Menghargai  jasa
Mengucapkan terima kasih, mengenang budi, membalas budi
Yakin diri
Mencuba sesuatu , masuk bertanding
Berhati-hati
Memandu perlahan, menunggang perlahan, membuat kerja dengan cermat
Mematuhi peraturan
Berdisiplin, beratur membeli makanan, beratur membayar duit, berpakaian kemas, situasi di jalan raya ( berhenti di lampu merah, menggunakan jejantas ketika melintas), senyap ketika di dalam perpustakaan, menanggalkan kasut masuk ke bilik khas ( makmal computer, bilik sains, bilik kemahiran hidup ),
Menepati masa, menghargai masa
Menghantar buku ketika diminta oleh guru, masuk awal ke kelas, tidur awal, melakukan kerja yang berfaedah ketika waktu lapang ( membaca buku, mengumpul setem
Berdisiplin
Mematuhi peraturan di mana-mana tempat
Taat kepada tuhan, ibu bapa
Bersembahyang , mendengar nasihat
Toleransi
Berkongsi barang, menerima pendapat orang lain, bersabar, berfikiran terbuka dan berlapang dada, berbincang
Bersatu padu
Semangat muhibah, muafakat
Berusaha
Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh ( belajar untuk mencapai kejayaan cemerlang ), mencari sesuatu untuk mendapatkan maklumat ( berjumpa guru, melayari internet )
Simpati
 Berasa belas kasihan,  timbang rasa
Gigih
Memperjuangkan negara,berkorban untuk cemerlang, sanggup bersusah payah untuk senang, cemerlang dan maju ( menyara kehidupan dengan menjual kuih ), tidak berputus asa, kuat semangat, kental semangat
Tekun
Rajin belajar,Mengulang kaji  pelajaran hingga lewat malam, Menghabiskan kerja  melakukan kerja dengan bersungguh ( belajar bersugguh )
tekad
Mempunyai cita-cita, berazam untuk berjaya, cekal  , tabah
Bersopan
Makan dengan tertib, menyambut kedatangan tetamu, menghidangkan makanan kepada tetamu,melayan tetamu dengan baik, meminta izin untuk pulang dan keluar , mengetuk pintu sebelum masuk.  Menjemput tetamu masuk dan makan
Mengeratkan hubungan
Menziarahi  rakan, keluarga yang jauh, berkelah bersama keluarga, makan bersama keluarga
Menolong
Membantu guru, rakan dan  jiran,
Mempunyai  Semangat patriotisme
Berdiri tegak ketika nyanyian lagu negaraku, menjayakan  dan mengadakan hari kebangsaan ( merdeka ), berkorban untuk negara, Menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat, melaungkan MERDEKA, MERDEKA
Mempunyai semangat kesukanan
Menyertai sukan, Memberi sokongan kepada murid yang menyertai sukan, bersorak kuat
Bersabar
Reda dengan ketentuan tuhan ( kematian ), kesusahan hidup ( miskin ) Menunggu giliran
Mempunyai semangat kemasyarakatan
Menghadiri majlis kenduri, melibatkan diri dalam aktiviti masyarakat ( hari keluarga,  Kempen kebersihan,

BIJAK BAHASA



Kata Bilangan 
1.     Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2.   Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu

Jenis Kata Bilangan
Contohnya
Kata Bilangan Tentu
satu, dua, tiga dan seterusnya...
Kata Bilangan Tak Tentu
- Menunjukkan bilangan yang tidak tentu.
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-setengah dan sebagainya.
* Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata Bilangan Pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku,sepertiga, seratus-peratus dan sebagainya
* Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun 6 yang hadir ke majlis itu. 
Kata Bilangan Pisahan
Masing-masing, setiap dan tiap-tiap
* Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera
Kata Bilangan Himpunan
- Menunjukkan bilangan yang tertentu.
- Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
- Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, bermingu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya.
* Kedua-dua ekor kambing itu akan disembelih raya nanti.
* Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata Bilangan Tingkat
- Menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
pertama, kedua, ketiga dan seterusnya
* Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata Bilangan Tanya
berapa
* Berapa baki duit kamu?

Kata Pemeri


1. Kata Pemeri ialah perkataan yang menghubungkan subjek dengan frasa-frasa utama     dalam prediket.
2. Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
3. Kata pemeri ialah biasanya diletakkan di hadapan kata nama atau frasa nama.
4. Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
5. Contoh ayat yang menggunakan kata pemeri :

-> Perempuan yang berambut pendek itu ialah kakak saya.
-> Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang di sekolah itu.
-> Nasi lemak ialah makanan kegemaran saya.
-> Tarikh tutup penyertaan itu adalah pada hari Jumaat.