selamat datang

Wednesday, March 9, 2016

PERIBAHASA ITU INDAH

 
Lihat gambar di bawah dengan teliti, kemudian tulis satu peribahasa yang sesuai dengan gambar tersebut.














Jawapan :
1. Bagai cincin dengan permata
2. Bagai murai dicabut ekor
3. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
4. Bagai katak di bawah tempurung
5. Nasi sudah menjadi bubur
6. Bagai lintah menghisap darah
7. Kaki ayam
8. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan
9. Dengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan

KESALAHAN LAZIM TATABAHASA

 
Hukum D-M
Salah
Betul
- Cili sos
- Mini perpustakaan
- Zaleha Restoran
- Jaya Klinik
- Sos cili
- Perpustakaan mini
- Restoran Zaleha
- Klinik Jaya

Kata jamak
Salah
Betul
- mereka-mereka
- semua kereta-kereta
- para-para pelajar
- empat orang abang-abang
-mereka
-semua kereta
-para pelajar
-empat orang abang

Kata penguat
Salah
Betul
-sangat tinggi sekali
-sungguh jauh sekali
-paling indah sekali
-amat menakutkan sekali
-sangat tinggi
-sungguh jauh
-paling indah
-amat menakutkan

Kata adjektif dan imbuhan 'ter' tanpa penguat
Salah
Betul
-Sani mendapat markah yang tertinggi sekali.
-Hassan ialah peserta yang termuda sekali dalam pertandingan itu.
-Sani mendapat markah yang tertinggi .
-Hassan ialah peserta yang termuda dalam pertandingan itu.

kata hubung
Salah
Betul
-Sally sedang membaca bila saya tiba di rumahnya.
-Badannya besar kecuali kakinya kecil.
-Sally sedang membaca apabila saya tiba di rumahnya.
-Badannya besar tetapi kakinya kecil.

Kata bilangan
Salah
Betul
-Sekolah itu telah menjalan berbagai aktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
-Beribu peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
-Setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.
-Sekolah itu telah menjalankan berbagai-bagaiaktiviti semasa “Minggu Penyayang”.
-Beribu- ribu  peniaga tidak membayar cukai pendapatan.
-Setengah- setengah remaja suka membuang masa di pasar raya.

* Sila berjumpa dengan guru Bahasa Malaysia anda untuk mengetahui keterangan bagi setiap kesalahan yang terdapat dalam jadual di atas. Bersama-samalah kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul.

KATA SERU

 
 
Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menggambarkan perasaan seseorang seperti marah, sedih, gembira, sakit, hairan, kagum, terkejut, dan sebagainya. 

Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun. 

Dalam bahasa Melayu, kata seru digunakan untuk membentuk ayat seru. 

Semua ayat seru, tanda serunya mestilah diletakkan di hujung ayat dan bukannya selepas kata seru. Semua ayat seru ditandai dengan tanda seru (!).

CONTOH PENGGUNAAN KATA SERU


1. Kesalahan menggunakan kata seru yang salah atau tidak menggambarkan perasaan yang dinyatakan. Contoh:
(a) (i) Wahai, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (SALAH)
(ii) Wah, gemuknya kambing peliharaan Pak Jusoh ini! (BETUL)
(b) (i) Cis, sakit sungguh jariku ini! (SALAH)
(ii) Aduh, sakit sungguh jariku ini! (BETUL)
 
LATIHAN

KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS

Kata nama terbahagi kepada tiga iaitu kata nama am, kata nama khas dan kata ganti nama.

Kata Nama Am
Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya.

Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

Manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang dll
benda
pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.
Contoh:
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. 

Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khasHuruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.
manusia
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
Muar (daerah),
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
bangunan
Pudu Raya
(perhentian bas
dan teksi), Menara
Tun Razak (pejabat)
judul buku
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)


Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas

Kegunaan
Kata Nama Am
Kata Nama Khas
Benda
bangunan
kereta
buku
sekolah
Bangunan Tabung Haji
Proton Saga
Bahasa Melayu
S.K. Darau
Orang
doktor
kerani
guru
budak lelaki
Doktor Efendi
Puan Zainun
Cikgu Azmi
Muhamad Fauzi
Binatang
kucing
lembu
katak
ayam
burung
Si Tompok
Lembu Sapi
Katak Puru
Ayam Belanda
Burung Murai
Tempat
negeri
bandar
kampung
tasek
Terengganu
Jerteh
Kampung Pasir Akar
Tasek Perdana

Tumbuhan
pisang
cili
jambu
limau
Pisang Emas
Cili Padi
Jambu Batu
Limau Kasturi
 
KATA PEMERI


Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri.
Ialah 
Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.

Contoh :
i. Ayah saya ialah guru.
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu.

Adalah

Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.

Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.


* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.

Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.

Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut: